Blogger Templates

Saturday 2 April 2011

~ KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS) ~

2 April 2011.
Lobi Iskandar SMK Tun Perak, Muar.
7.30pagi - 5.00 petang.

Pada tarikh tersebut persatuan kami (PRS) telah menjalankan salah satu aktiviti berkala kami, iaitu Kursus Kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Fasilitator dari Universiti Islam Melaka telah di jemput bagi menjalankan kursus tersebut. Seramai 5 orang fasi dan 60 orang ahli PRS telah menghadiri kursus tersebut., bersama  dengan 4 orang guru kaunseling sebagai penyelaras dan pengelola menjadikan kesemua jumlahnya ialah 69 orang,.

Pada seawal 7.30 pagi, semua ahli PRS  mendaftarkan diri mereka.Selesai mendaftar kesemua ahli PRS sudah bersedia untuk menjalankan kursus tersebut.,bermula dengan sesi pengenalan (ice-breaking) dan pembahagian kumpulan di ikuti dengan sesi teori yang menunjukkan bagaimana sesi kaunseling di jalankan.Sesi teori berhenti seketika pada jam 10 pagi untuk memberi laluan kepada peserta kursus bersarapan.

Jam 11 kursus di sambung semula dengan aktiviti LDK bagi menguji kerjasama kumpulan melalui permainan bola pingpong dan straw minuman bagi menguji pemikiran  antara ahli kumpulan di jalankan. Peserta kursus tersebut di bahagikan sebanyak 5 buah kumpulan.Purata 1 kumpulan mempunyai 11-13 orang pelajar, jam 12.30 tengahari hingga jam 2 petang peserta di rehatkan untuk solat zohor dan makan tengahari.

Jam 2 petang hingga jam 4.30 petang LDK 1 hingga LDK 4 dijalankan dengan sempurnanya tanpa sebarang gangguan. Semasa LDK tersebut dijalankan, pelbagai pengetahuan baru dapat di terima oleh peserta kursus tersebut, antaranya kemahiran bagaimana ingin memberi ucapan di khalayak ramai dengan pelbagai gangguan. Selain itu terdapat juga aktiviti yang menerapkan semangat bekerjasama dan semangat juang dalam 1 kumpulan.

Selesai segala aktiviti, majlis penutup telah di jalankan dengan kehadiran tetamu VIP iaitu Pn.Hj Marina Bt Ahmad, selaku PK HEM Smk Tun Perak.

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi, kursus tersebut dapat dijalankan dengan sempurn dan jayanya tanpa sebarang kesulitan dan sebarang gangguan.Peserta diserahkan kepada fasilitator dengan selamat dan dikembalikan kepada pihak sekolah juga dengan keadaan yang sempurna.

Ribuan terima kasih di ucapkan kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam aktiviti tersebut sama ada secara langsung dan tidak langsung.

Assalammualaikum, salam sejahtera dan salam 1 Malaysia di ucapkan diakhir laporan ini.,



Gambar-gambar kenangan semasa berlangsungnya kursus tersebut,

Semasa LDK di jalankan
Salah seorang fasi kita ialah  Abang AfiQ Awang bekas Ketua Pelajar SMK Tun Perak.

Semasa majlis penutupan dan sesi bergambar.,
Abang Afiq.,
Abang Shidi.,

Abang Danial.,
Akak Fateha.,
Akak Rad

No comments:

Post a Comment